: Tuesday, 4 March 2014
Hola! Hehe, Alya nak cakap pasal berhijrah/berubah untuk diri kita. Haaa, for those yg penah teringin nak berubah, tp takde semangat tetiba, boleh baca post kak Alya ni. Okay, Alya tahu kadang-2 kita dah pun berubah tp org sekeliling selalu ingatkan kita ttg perkara-2 buruk yg dulu kita penah buat. Kan? Biasa lah tu. Org selalu kata kalau nk berubah seeloknya kita berhijrah sekali. Maknanya, kita pindah tempat lah. Tak semestinya. Sekali pun kita tak berhijrah, kita mampu berubah. Cuma bergantung pada kekuatan diri sendiri je. Create diri sendiri yg baru pastu anggaplah mcm kita ni baru kat tempat tu so tak kenal sape-2 and tak tahu ape-2. Rasulullah SAW pun suka seseorang yg mengubah diri dia ke arah kebaikan secara perlahan-2. Kalau nk jadi baik dlm sekelip mata, semua sempurna mmg takleh lah. Siapa lah kita yg tak tergoda dgn nafsu kan. So, try lah tak susah pun :)
: Wednesday, 19 February 2014
Assalamualaikum. Kali ni Alya nk cakap pasal minta maaf dan memaafkan. Sebenarnya, bkn senang nk mintak maaf dekat semua org yg kita penah buat salah. Kdg-2 dgn org yg kita tak kenal pun kita tak sengaja nk buat salah. Betul tak? Kita ada terkutuk org tu dlm hati. Cakap mcm-2 kat org lain. Banyak lah. Kalau nak kira org-2 yg kita penah buat salah, mmg sampai bila-2 pun tak habis. Alya pun sama macam org lain. Alya byk buat salah. Sometimes, Alya rasa mcm nak patah balik masa supaya Alya jumpa balik org-2 yg Alya penah buat salah dan betulkan silap Alya tu. Tp tak boleh kan, mimpi je. Jadi, sementara kita masih hidup ni, lebih baik kita minta maaf dan juga memaafkan org. Bukan rugi pun kan. Alya pun nak ambik peluang ni, nak mintak maaf kat korang yang selama ni Alya penah buat salah secara sengaja/tak sengaja. Yang mana Alya tak penah tegur tu, bukanlah kerana Alya sombong. Alya mintak maaf ye :)
:
Pengalaman dalam hidup kita sebenarnya macam cikgu untuk diri kita sendiri. Sebab lagi byk pengalaman, itu lah yg mengajar kita untuk berubah. Alya pun sebenarnya ada jgk kisah silam. Tapi, taknak lah cerita sapa kita dulu kan. Alya penah dengar, kalau kita nak berubah, kita jangan cerita apa-2 pun pasal diri kita yg dulu dekat sesape pun. Walaupun dia tu tunang kita ke sesape je lah. Yang penting, kita dah berubah dan buang jauh-2 perangai kita yg dulu. Perasaan menyesal dengan diri kita tu normal lah. Semua orang pernah rasa menyesal dengan keputusan yg dibuat. Kan? Hmm, ingatlah, seseorang tu lebih baik sekiranya dulu dia jahat dan berubah menjadi baik daripada seseorang yang baik dulu dan menjadi jahat sekarang. Apa pun cabaran kita, jangan jadikan itu alasan untuk tidak berubah. Siapa kita dahulu, apa yang kita buat dulu, tak boleh sama sekali jadi penghalang untuk diri kita berubah. Sekali pun seseorang itu dilayan buruk oleh kedua ibu bapanya dulu, dia tak boleh jadikan itu alasan itu dia layan ibu bapanya dengan buruk ketika ini. Faham tak? Belajar untuk motivate diri sendiri. Biarlah apa orang nak kata, dia takde hak pun nak tentukan sapa diri kita. Kalau adik-2 yang kat sekolah tu, kena kutuk dengan kawan-2, dan sekarang timbul rasa nak berubah, jangan takut tau. Allah selalu ada dengan kita. Seteruk mana pun adik kena hina, kalau boleh jangan nangis depan org tau, cuba bangun malam buat tahajjud pastu nangis puas-2. Allah maha memahami. Kalau nangis tu kadang-2 sampai tak mampu nk cakap kan, takpe, Allah faham jugak. Tp manusia boleh faham ke? Tak kan. So rugi lah kalau mengadu kat manusia. Ingat ye :)